Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan pelawat yang budiman. Terima kasih kerana sudi melayari blog kami yang baru ditubuhkan ini. Untuk pengetahuan anda semua, Ayumas Collection merupakan sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan menjual dan menempah semua jenis batik, jaket,kristal dan Mutiara yang dewasa ini semakin diminati oleh segenap lapisan masyarakat baik dari golongan dewasa hinggalah kanak-kanak. Memandangkan permintaan yang semakin hari semakin diminati ini, anda boleh lah mendapatkan pelbagai jenis barangan yang kami telah tawarkan kepada anda dengan harga yang berpatutan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan menempah dan menjual pelbagai jenis dan corak batik bagi anda yang berada di luar sana. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua golongan tidak kira dari syarikat-syarikat, badan-badan berkanun, sekolah-sekolah, IPTA, Kolej mahupun jua individu. Bagi yang berminat boleh lah menghubungi pihak Ayumas Collection.